RAHSIA HATI

wahai sahabat hidup didunia cuma sedetik knp haruskita lalai dengan kemewahan sementara ,JIKA KITA MELETAK CINCIN DI LAUTAN LUAS ,DIDALAM RUANGAN CINCIN ITULAH DUNIA LAUTAN YG LUAS ITU AKHIRAT !!!!

Wednesday 4 April 2012

TIP PERKAHWINAN KEKAL LAMA

SEMUA orang nk kawin atas dunia ni begitu juga dgn aku ,korang nk kawin x?ke nk jadi andartu gan bujang telajak haha ok2 malamni aku nk bagi tips perkahwinan yang akan kekal abadi jika korang ikut tips ni dgn izin allah.

1. Ketika Mencari Calon
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.  
2. Ketika MelamarAnda bukan sedang meminta kepada orang tua/ wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/ wali si gadis.
3. Ketika Akad NikahAnda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. Ketika Resepsi PernikahanCatat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.
5. Ketika Malam PertamaBersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. Selama Menempuh Hidup BerkeluargaSedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui tidak melalui jalan berterabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dah duri.
7. Ketika Rumah Tangga GoyangJangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. Ketika Belum Memiliki AnakCintailah isteri atau suami anda 100%
9. Ketika Telah Memiliki AnakCintailah isteri dan suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%
10. Ketika Ekonomi Keluarga MerudumYakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. Ketika Ekonomi BerkembangJangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. Ketika Anda Adalah SuamiBoleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.
13. Ketika Anda Adalah IsteriTetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaian semua pekerjaan.


No comments:

Post a Comment