RAHSIA HATI

wahai sahabat hidup didunia cuma sedetik knp haruskita lalai dengan kemewahan sementara ,JIKA KITA MELETAK CINCIN DI LAUTAN LUAS ,DIDALAM RUANGAN CINCIN ITULAH DUNIA LAUTAN YG LUAS ITU AKHIRAT !!!!

Thursday 3 May 2012

JANGAN SALAH ANGGAP PASAL FORM 6

Kepada yang nak amik FORM 6 :

Banyak kelebihan yang tersirat dalam STPM yang kebanyakkan pelajar tidak mengetahui. Sukatan pembelajaran yang sesuai, kematangan berfikir, kos pengajian yang menjimatkan, hubungan yang erat antara guru-2 adalah kelebihan menuntut ilmu di Tingkatan 6. Mungkin ramai yang memandang bahawa memasuki Tingkatan 6 adalah cuma bagi pelajar yang gagal ketika di SPM. Ketahuilah satu perkara, kebanyakan pensyarah-2 di universiti sangat mengkagumi dan respek kepada pelajar-2 STPM dari segi kematangan mereka berfikir dan memberi idea berbanding pelajar MATRIKULASI, STAM, ASASI dan DIPLOMA. Dan ketahuilah juga kebanyakan best student di universiti biasanya akan dipegang oleh pelajar STPM. Kenapa? Kerana sukatan pembelajaran di STPM merangkumi kebanyakan pembelajaran di universiti. Dan bagi pandangan saya sendiri, tidak ada salahnya memilih Tingkatan 6 sebagai pilihan melanjutkan bidang pengajian kerana ia platform terbaik berbanding bidang pengajian yang lain. Dengan kata lain, apa yang tersirat yang kebanyakan mereka tidak mengetahui ialah STPM banyak mengajar penuntutnya untuk mencari identiti diri, mengenal apa erti perjuangan di sebalik kegagalan lalu. Pandangan ini bukanlah sekadar teori sahaja tetapi ia adalah berdasarkan pengalaman. Bertanyalah kepada mana-2 pelajar STPM sekalipun, mereka akan mengakui hal ini. Dalam konteks ini, pendapat ini bukanlah untuk mengenetepikan bidang pengajian yang lain kerana menuntut ilmu itu memerlukan perjuangan yang x mengenal penat lelah. The most important things, dimana ada kemahuan disitu ada jalannya :))