RAHSIA HATI

wahai sahabat hidup didunia cuma sedetik knp haruskita lalai dengan kemewahan sementara ,JIKA KITA MELETAK CINCIN DI LAUTAN LUAS ,DIDALAM RUANGAN CINCIN ITULAH DUNIA LAUTAN YG LUAS ITU AKHIRAT !!!!

Wednesday 7 March 2012

ATASI KESEDIHAN ANDA



Hidup tak pernah lekang dengan masalah. Bukan manusia namanya kalau hidup tidak diduga. Setiap orang punya masalah masing-masing, cuma caranya saja yang berbeza. Bila hati sedang bersedih, jiwa sedang berduka, minda sedang berkecamuk, resah dan gundah menjadi teman setia. Sejak dua menjak nie malas betul nak berblog sebab jiwa kacau.hoho...So nak share sikit bagaimana cara mengatasi kesedihan dan jiwa kacau.


Menangis - menangislah semahunya kalau itu buat korang lega. Nie memang selalu aku amalkan. Kalau orang lelaki tu susah sikit nak menangiskan, aku rasa tips nie sesuai untuk perempuan ja!


Berdoa - Mohonlah kepadaNYA. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Berdoalah semoga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah hati akan tenang dan akan segera peroleh cara menyelesaikan masalah itu.


Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. Perbanyakkan selawat dan zikir.


Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran, membaca pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, melayari internet dan sebagainya.


Luahkan perasaan - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling korang percaya, sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama, menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.


Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan yang lucu yang boleh membuatkan korang ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih.


Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk mengatasi kesedihan. Apa pun jangan jadikan masalah itu sebagai tekanan yang boleh merosakkan diri. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Sesungguhnya masalah itu adalah salah satu dalam cabang kehidupan untuk kita mengecapi pengalaman hidup.

No comments:

Post a Comment