Sentiasa Besyukur Kepadanya
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang
yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai
senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna
lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku
redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang
bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang
tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang
sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik
adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai
akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg
membiar tanpa mepmbaca pos iini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan
pula pada org lain.
No comments:
Post a Comment