RAHSIA HATI

wahai sahabat hidup didunia cuma sedetik knp haruskita lalai dengan kemewahan sementara ,JIKA KITA MELETAK CINCIN DI LAUTAN LUAS ,DIDALAM RUANGAN CINCIN ITULAH DUNIA LAUTAN YG LUAS ITU AKHIRAT !!!!

Tuesday, 24 April 2012

SISTEM PETAKSIRAN&SILIBUS BARU TGKATAN 6 2012


SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM
Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2012,  Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan  sistem  pentaksiran baharu  STPM
bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam.
Peperiksaan STPM yang sedia ada  dikendalikan berdasarkan kepada tempoh
pengajian  tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini  terdiri
daripada  tingkatan enam  bawah  yang meliputi penggal kedua tempoh
persekolahan, dan  tingkatan enam atas  yang meliputi penggal pertama dan
penggal kedua tempoh persekolahan. Peperiksaan bagi pengajian  tingkatan
enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan
keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu
pada bulan November hingga Disember.
Pada tahun 2012, sistem  peperiksaan  STPM akan dijalankan dalam dua mod.
Mod pertama ialah sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang
mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort
terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada. Mod kedua
ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012, mereka merupakan
kohort pertama sistem  pentaksiran baharu  STPM yang akan menduduki
peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012 dan
juga buat pertama kalinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan
kepada 19 mata pelajaran tingkatan enam. Sistem pentaksiran baharu STPM ini
adalah cetusan idea yang amat bermakna oleh mantan Ketua Eksekutif MPM,
Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011).
Dalam sistem  pentaksiran  baharu  STPM, tempoh pengajian tingkatan enam
adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang
dilaksanakan pada masa ini.  Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama
seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu
lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40
minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak menganggu dan tidak
mengubah sistem persekolahan sedia ada.2
Dari segi penawaran bilangan mata pelajaran juga tidak berubah, iaitu masih 23
mata pelajaran yang ditawarkan seperti yang berikut:
Bil. Kod Mata Pelajaran Bil. Kod Mata Pelajaran
1 900 Pengajian Am 13 946 Pengajian Perniagaan
2 910 Bahasa Melayu 14 948 Perakaunan
3 911 Bahasa Cina 15 950 Mathematics (M)
4 912 Bahasa Tamil 16 954 Mathematics (T)
5 913 Bahasa Arab 17 956 Further Mathematics
6 920 Literature in English 18 958 Information and
Communications
Technology
7 922 Kesusasteraan Melayu
Komunikatif
19 960 Physics
8 930 Syariah 20 962 Chemistry
9 931 Usuluddin 21 964 Biology
10 940 Sejarah 22 966 Sains Sukan
11 942 Geografi 23 970 Seni Visual
12 944 Ekonomi
Dari segi kandungan pengajian dalam sistem  ini, kandungan pengajiannya
dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau
mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal,
iaitu Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama 1½
tahun. Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan
keputusan  peperiksaan  juga akan dikeluarkan  pada setiap  penggal, manakala
keputusan  keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan
keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.
Aspek kemahiran insaniah (soft skills) akan diterapkan dalam kurikulum sistem ini,
yang antaranya meliputi kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan,
pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika, dan lainlain.
Dalam aspek pentaksiran pula,  dua kaedah pentaksiran akan dijalankan, iaitu
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran  20% hingga  40%, dan3
peperiksaan akhir berpusat  dengan wajaran  60% hingga  80%. (Peratusan
wajaran berbeza mengikut mata pelajaran).
PBS  merupakan kerja kursus yang terdiri daripada kerja amali, kerja
lapangan/kajian luar, dan kerja projek/tugasan. Soalan/tugasan kerja kursus akan
disediakan oleh  MPM. Kerja kursus akan dilaksanakan sama ada  pada setiap
penggal atau pada penggal tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran.
Pemeriksaan PBS akan dibuat oleh guru mata pelajaran  sendiri bagi  sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala pemantauan dan penyelarasan  PBS
akan  dikendalikan oleh MPM sama ada di peringkat zon atau peringkat pusat.
Bagi sekolah swasta dan calon persendirian, pemeriksa PBSnya akan dilantik
oleh MPM. MPM juga akan menyediakan Garis Panduan PBS bagi setiap mata
pelajaran untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat dalam
pengendalian PBS demi jaminan kualitinya.
Peperiksaan akhir berpusat akan ditadbirkan pada hujung setiap penggal.  Kertas
peperiksaan akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM dan pemeriksaan skrip
jawapan akan dijalankan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM seperti amalan
sekarang.
Sistem penggredan dalam sistem pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan
sistem yang sedia ada. Skor (peringkat kertas peperiksaan atau komponen mata
pelajaran) yang diperoleh oleh pelajar dalam setiap  penggal  akan dijumlahkan
untuk menentukan gred keseluruhan mata pelajaran. Tiada prasyarat kelulusan
gred minimum dalam sesuatu  penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti
pengajian pada penggal yang berikutnya.
Satu kelebihan dalam sistem  ini ialah pelajar dibenarkan untuk memperbaiki
keputusan peperiksaan akhir Penggal 1 dan/atau Penggal 2 dengan menduduki
semula peperiksaan akhir bagi  penggal berkenaan pada hujung  Penggal 3
(hujung tahun). Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi Penggal 3
boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir  Penggal 3, iaitu selepas
keputusan Penggal 3 dikeluarkan. Keputusan  keseluruhan  peperiksaan STPM 4
baharu ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga
penggal.
Sistem ini  juga  diharapkan dapat menjadikan pengajian tingkatan enam lebih
menarik dan lebih banyak pelajar akan mengikuti pengajian prauniversiti ini.
Selain itu, beban bagi pelajar untuk mempelajari kandungan  kurikulum adalah
kurang dan mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh
pencapaian yang lebih baik bagi setiap  penggal kerana  skop pengajian yang
dinilai pada setiap penggal adalah pada skala kecil.
Pengenalan kepada PBS dalam sistem ini adalah selari dengan hasrat KPM untuk
membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
dan intelek serta memperluaskan  peluang pendidikan kepada semua yang
berpotensi.  Hal ini juga berketepatan dengan  hasrat KPM untuk memantapkan
sistem pentaksiran dan penilaian  agar lebih  holistik  dengan menitikberatkan
pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education) yang lebih berfokuskan
pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.
Dari segi standard dan pengiktirafan, pentaksiran baharu  STPM  adalah sama
dengan STPM sedia ada. Pada umumnya, kandungan kurikulum tidak berubah.
Wakil Cambridge Assessment (CA), United Kingdom  akan turut serta dalam
Jawatankuasa Penetapan Darjah STPM baharu  ini bagi penentuan keputusan
STPM. Wakil CA ini akan memberikan pandangannya mengenai analisis
keputusan peperiksaan  STPM baharu bagi setiap kertas, dan membuat
keputusan bersama sebagai satu persetujuan dan pengiktirafan. Selain daripada
itu,  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga telah maklum tentang pelaksanaan
Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini.
Pelaksanaan sistem ini  diharapkan dapat mengangkat martabat dan
memperkasakan pengajian peringkat prauniversiti di tingkatan enam supaya ia
lebih berkualiti dan menarik serta dapat mentransformasikan pentaksiran dan
penilaian peperiksaan STPM yang lebih holistik.5
Dengan pelaksanaan sistem ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri
kepada sistem pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama dari
segi membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. Penilaian aktiviti di
peringkat sekolah turut membolehkan pelajar menjalankan kajian secara
persendirian dan berkumpulan manakala pentaksiran berpusat akan menjurus
kepada penyediaan pelajar ke arah sistem pendidikan yang terdapat di IPT.
Sistem pentaksiran yang mesra pelajar ini dihasratkan dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan keputusan akademik
mereka bagi melayakkan diri ke IPT dan membuka luas peluang pendidikan
kepada semua warga Malaysia yang berpotensi.
Maklumat lanjut mengenai Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini boleh  dilayari
melalui portal MPM www.mpm.edu.my6
Sistem Penggredan STPM
Gred Kertas Gred Mata
Pelajaran
NGMP Tahap Pencapaian
A A 4.00 Lulus Penuh
A– A– 3.67 Lulus Penuh
B+ B+ 3.33 Lulus Penuh
B B 3.00 Lulus Penuh
B– B– 2.67 Lulus Penuh
C+ C+ 2.33 Lulus Penuh
C C 2.00 Lulus Penuh
C– C– 1.67 Lulus Sebahagian
D+ D+ 1.33 Lulus Sebahagian
D D 1.00 Lulus Sebahagian
F F 0.00 Gagal7
Kalendar Akademik
Kalendar akademik sesi 2012/2013 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk negeri Perlis,
Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya:
Penggal
Persekolahan
Tingkatan Enam
Aktiviti Tarikh Mula – Tarikh Akhir
Bilangan
Hari
1
Kuliah 11 Jun  – 17 Ogos 2012  50
Cuti pertengahan
penggal
18 Ogos – 26 Ogos  2012  9
Kuliah 27 Ogos – 2 Nov 2012  51
Peperiksaan akhir
Penggal 1:  5, 6, 7, dan 8
November 2012
4
Cuti akhir penggal 10 Nov 2012 – 1 Jan 2013  53
Kalendar akademik sesi 2012/2013 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk negeri Kedah,
Kelantan, dan Terengganu:
Penggal
Persekolahan
Tingkatan Enam
Aktiviti Tarikh Mula – Tarikh Akhir
Bilangan
Hari
1
Kuliah 10 Jun  – 16 Ogos 2012  50
Cuti pertengahan
penggal
17 Ogos – 25 Ogos  2012  9
Kuliah 26 Ogos – 1 Nov 2012  51
Peperiksaan akhir
Penggal 1:  5, 6, 7, dan 8
November 2012
4
Cuti akhir penggal 9 Nov 2012 – 31 Dis 2012 53
Nota: Tarikh-tarikh di atas tertakluk kepada perubahan, manakala kalendar penggal 2 dan 3
sesi  persekolahan tingkatan enam tahun 2012/2013 akan dikeluarkan dalam portal MPM
www.mpm.edu.my.8
Kadar Yuran
(a) Yuran Asas                                                                     RM120.00
(b) Yuran setiap mata pelajaran                                          RM 90.00
(c) Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas    RM 50.00              
Calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar
yuran ini.  Walau bagaimanapun, calon yang ingin menduduki semula peperiksaan akhir sesuatu
penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas.

Persoalan Bekalan Mana Yang Kita Pandang Dahulu.


Assalamualaikum.
 
 

 


 
Macamyang kita tahu, semua orang pun sangat sangat sangat hargai duit. Yes duit. Something yang boleh dibelanjakan untuk kita terus survive di dunia yang sementara ni. Why? Sebab, apa apa benda pun yang kita perlukan, even untuk khasiat dan tenaga badan, perlukan duit. Makanan contohnya. Memang kita perlukan duit untuk beli. Same goes to our clothes and living hall.



Tapi berapa ramai antara kita perasan yang kita perlukan something yang fungsi dia lebih kurang macam duit,tapi kat akhirat kelak? Yes. Bekalan akhirat. Pahala. Kalaulah pahala tu bentuknya macam duit masa kat dunia, agak agak, orang kejar kan tak? Hekhek. 



And rancangan Allah untuk uji manusia yang mencari bekalan akhirat ni sangat awesome. Dengan buatkan bekalan akhirat ni tak boleh dilihat manusia. So, cuba lihat lagi pada kita, dalam hidupan harian kita, mana kita pandang dulu? 



Renungkan

CARA MEMASUKKAN AYAT AL QURAN DLM KOMPUTER

Pada kebiasaannya, kalau kita copy dan paste ayat-ayat Al-Quran daripada internet, ayat-ayat itu akan menjadi terbalik susunannya. Untuk memudahkan kerja-kerja korang, korang hanya perlu memasang add-ins Al-Quran dalam Microsoft Word korang.

Untuk mendownload, sila klik :
Al-Quran in Microsoft Word 2007




CARA-CARA MENGINSTALL DAN MENGGUNAKANNYA

1. Selepas download, sila extract dahulu file zip tu. Right click dan klik pada Extract Here.



2. Selepas extract, akan keluar driver installer dia. Klik dan kemudian install sahaja. Klik next sehingga finish.


3. Selepas siap install, buka Microsoft Word korang, dan korang akan nampak ni :


4. Klik pada Quran tu.

5. Pilih surah dan ayat yang hendak dipilih dari ayat keberapa hingga ke berapa (s/d). Jika mahukan translation, tick pada translation.

Contoh (surah Al-Fatihah ayat 1 hingga 7 dengan terjemahan) :



Nota : Kalau nak transfer ke komputer lain atau print menggunakan komputer lain, komputer tersebut mestilah menginstall add-ins ini juga.



SEDIH SADIS KESIAN

ASsalamualikum kawan2 blogger aku semua malam ni aku nk citer pasal 1 family yg susah.pasagan bahagia tu dikurniakan 6 org ank.tapi bile tiba kelahiran ank ke enam ayah kepada keluarga besar itu telah meninggal dunia.dulu mase keluarga itu senang semua org dtng tapi bile susah family sendiri pun x nk masuk dekat takut org mintak duit.kerana harta adik beradik ayah mereka bergaduh dn sanggup berpisah adik beradik.keluarga mereka semakin sush .yg sulong kene berenti sklh yg no 2 kene keje no 4 kene duduk asrama..si ibu pula terpaksa membanting tulang 4 kerat untuk menyara mereka sekeluarga. tahun berganti tahun masing2 sudh besar kini siibu sudah tidak larat untuk bekerja lagi mujur la si ank sudah berjaya alhamdulilah 2 org sudah berkerja tetap.Pada suatu tahun ank bongsunya tingkatan 4 telah dikejutkan degn berita ibunya telah meninggal dunia betapa gelapnya dunia tak beribu tak berayah .dengan izin allah ank bongsunya berjaya bangkit dlm kesedihan tapi walaupun peperiksaan spm dia tetap tidak memgembirakan ibu bapanya semasa hidup mahupun semasa telah tiada di dunia  ini.ank bongsunya menjalani hidup seperti biase walaupun perjalan penuh onak dan duri dia tabah menjalani hidup2 sehari-hari.

malang x sudah2 kini ank ketiganya pula ditimpa masalah .mandapat suami yg pemalas.suami nya hanya tahu KAIS PAGI MAKAN PAGI KAIS PETANG MAKAN PETANG.tadi bru sahaja dia meminta pertolongan anknya sakit duit tiada untuk pergi klinik aku sedih sampai macamtu skali.masa ibunya ada walaupun susah tapi hal2 yg kecemsan seperti pergi ke klinik mesti ada wang tambungan .ya allah permudhkanlah urusan mereka amin

Sunday, 22 April 2012

BERHATI-HATI MENGUNAKAN TANDAS AWAM




Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Sila periksa di bahagian bawah mangkuk jamban dan di kawasan sekeliling. Ini bukti apa yang terjadi pada masa kini. Saya terpaksa muat naik gambar ini agar anda tahu kedudukan kamera tersebut.

P/S : Berita ini baru saja saya terima dari seorang rakan baik saya. Dia terkejut apa yang dia lihat di bawah mangkuk jamban tersebut. Selalunya manusia akan rasa geli jika terdapat kotak kecik, kotak rokok, kotak tisu, pembalut tisu, tuala wanita dan sebagainya. Mesti anda tidak terfikir langsung untuk membersihkan kawasan itu. Bagi anda adalah ia seperti sampah bukan. Tetapi awas!!! ia benar-benar terjadi. Sila ambil langkah berjaga-jaga ketika berada dalam tandas.

resipi dan makanan KEGEMARAN kawanku sahabatku


mai nk ajar recipi air nescafe milo taburr
(ceh ckgu nk ajr cara wt air)
hahaha

hahha yer2

10:03pm
1: ambk nescafe 2 sudu besar
2: masukn air pans
separuh (agak2 la)
hahaha
3: masuk susu cair
agak2 laa rasa manis okeh
hehehe
kacau
4 : taruk milo taburrrrrr byk3
hahaha
5: siap utk di minum
senangkn

rotin telur luar biasa
1: roti biasa sandwish
2: telur
3: yogat
4: garam
5: gula
hehehe
cara2
hahaha
nk masak
salin nih


okeh
ambik kuali panas kn
pecah telur
msukn roti
balik2 la
yer

biarkn roti lekat pada telur and masuk kn yogat,garam,gula secukup rasa
hahaha
bila dh tgk kekuning keemasan
angkat
n makan
hahahha
senangkn



10:16pm
bila panas hncur laa
hahaha
biarkn kuali panas luu
okeh

Wednesday, 18 April 2012

TIP PENYERI WAJAH

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13
· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali
sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu
ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13
· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali
sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu
ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan
memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada
Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir
tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma
Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA
TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan,
dan air putih.
· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita
akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua’laikum wr wb……… ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……
1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
kubur.
7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir
di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia